SELAMAT DATANG KE KANTIN SKK KAMPUNG JAMBU(SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN).

Sunday 21 October 2012

PASUKAN PEMANTAUAN DARI JABATAN KESIHATAN


Selamat datang diucapkan kepada pegawai-pegawai pemantauan dari Kementerian Kesihatan serta wakil dari JPN Perak yang telah sudi datang ke kantin SKKJ bagi tujuan penilaian dan pemantauan dalam proses melayakkan Kantin SKKJ mewakili negeri Perak ke peringkat Kebangsaan dalam Pertandingan Kebersihan Premis Makanan bagi tahun 2012

Thursday 18 October 2012

Paparan Piramid Makanana secara 3D bagi kemudahan murid mendapatkan maklumat jelas tentang keperluan makanan mereka seharian.ebanyakan daripada kita mengetahui bahawa makanan bukan sahaja perlu kelihatan menarik ketika dihidangkan untuk membuka selera tetapi mestilah berkhasiat.

Namun, jika kita mengambil makanan semata-mata melayani kehendak selera, ia membawa mudarat kepada kesihatan terutama jika pengambilannya berlebihan.Selain faktor umur, jenis makanan dan kuantitinya yang perlu diambil perlu juga mengambil kira sama ada anda seorang yang aktif atau sering melakukan kerja-kerja berat.

Justeru, sebagai garis panduan, piramid makanan dapat membantu anda untuk menentukan sajian makanan yang pelu diambil dan sebanyak mana kuantiti yang diperlukan dalam sehari.Piramid makanan merupakan satu panduan pemakanan lengkap yang menyatakan zat dan keperluan pengambilan yang sesuai untuk menjaga kesihatan.Ia disusun berdasarkan kumpulan makanan dan kuantiti yang perlu diambil bagi menjamin kesihatan yang lebih baik.

Piramid makanan terbahagi kepada lima peringkat atau kumpulan makanan yang diletakkan para paras berbeza berdasarkan keperluan pengambilannya.

Sumber: Laman web Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kumpulan Paras 1

Nasi, ubi-ubian, mi, bihun, roti, bijirin dan produk bijirin

Pengambilan: Antara lapan dan 12 sajian sehari

Kumpulan Paras 2

Sayur-sayuran dan buah-buahan segar

Pengambilan: Antara tiga dan lima sajian sehari

Kumpulan/Paras 3

Terdiri daripada ayam, ikan, itik, daging dan kekacang serta susu dan produk tenusu

Pengambilan: Antara dua dan tiga sajian sehari

Kumpulan/Paras 4

Lemak, minyak, garam dan gula

Pengambilan : antara satu dan dua sajian sehari

Apakah maksud satu sajian makanan

Kumpulan 1

Bijirin & produk bijirin dan ubi-ubian:

½ cawan nasi putih

½ cawan mi/bihun/kuetiau/pasta

1 keping roti bijirin penuh

½ keping capati (saiz kecil)

1 cawan bubur nasi

½ cawan bijiran sarapan

1 biji ubi kentang saiz sederhana

3 keping biskut tawar/krim


Kumpulan 2


Sayur-sayuran

½ cawan sayuran berdaun hijau tua

½ cawan sayuran buah atau ubian

½ cawan lain-lain sayuran


Kumpulan 3

Buah-buahan

½ biji jambu batu saiz sederhana

Sepotong potong betik / tembikai / nanas

Sebiji pisang / oren / pir / epal

½ cawan jus buah (tanpa gula)


Susu dan produk tenusu

Secawan susu

½ cawan dadih

Sekeping keju

l Tenusu rendah lemak lebih digalakkan


Kumpulan 4

Telur, daging, ayam, ikan dan kekacang

Seketul paha ayam saiz sederhana

Seekor ikan kembung

Dua ketul daging tanpa lemak sebesar kotak mancis

Lima sudu makan ikan bilis tanpa kepala

½ cawan kekacang kering

Empat sudu sudu makan udang kecil dengan kulit

Sekeping tauhu

Sekeping tempe

Sebiji telur saiz sederhana (gred C)





Atas dasar ingin memastikan kantin tempat yang selamat dan bersih bagi kegunaan seluruh warga SKKJ,maka pihak pengurusan kantin telah mengambil inisiatif untuk memasang alat perangkap serangga.Lampu yang terdapat pada alat perangkap serangga tersebut direka untuk memancarkan cahaya ultraviolet pada panjang gelombang 350nm hingga 370nm. Cahaya ultraviolet adalah cahaya atau tenaga radiasi yang tidak boleh dilihat oleh manusia.

Tenaga yang terkandung cahaya ultraviolet ini bergantung kepada panjang gelombang yang diukur dalam unit nanometer (nm). Semakin kecil panjang gelombang, semakin besar kandungan tenaga yang terdapat pada cahaya ultraviolet tersebut. Selain menarik perhatian serangga, cahaya ultraviolet sering digunakan untuk tujuan perubatan, x-ray, analisis forensik, membunuh kuman dan sebagainya. 

Mengikut kajian, serangga kecil terutamanya lalat akan tertarik pada cahaya ultraviolet dengan panjang gelombang 365nm. Cahaya ultraviolet ini boleh didapati daripada lampu berwarna ungu atau biru terang dan sebab itulah lampu pada alat perangkap lalat sering berwarna biru terang.

Sunday 14 October 2012

سلامت داتغ ككانتين كامي

Makanlah makanan yang halal & berzat, InsyaAllah anda akan sihat

JOHAN KEMPEN KESELAMATAN MAKANAN

JOHAN PERINGKAT NEGERI PERAK DALAM KEMPEN KESELAMATAN MAKANAN TAHUN 2012